✿ Hi, Si Cantik Tampan, Silalah Klik TQ✿

Saya Serik Dengan Acai Berry ABC !!!!!!!!

Sunday, September 9, 2012

Update Entry:::::KLIK SINI ( Produk Acai Berry Beracun-myMetro)


*Warning-Entri Ini Bukan Iklan dan Promosi Produk ye dan bukan tujuan untuk mengaibkan sesiapa. Sebelum Komen atau Mengkritik sila baca sampai habis dulu ye,kalau tak nak baca sila pergi dengan sopan*

Assalamualaikum, 


Di sini saya ingin berkongsikan pengalaman yang dialami oleh suami tentang Acai Berry ABC. Korang jangan salah faham ya, bukan saya nak menjatuhkan bisnes orang, saya hanya mahu berkongsikan pengalaman yang dihadapi oleh suami saya. 






Sejak dua tahun kebelakangan ni, saya lihat suami saya dah semakin tembam, perut pon dah makin ke depan, maklomlah jadual pemakanan yang tidak teratur, kerja tidak kira masa, awal pagi dalam pukul 7.30 a.m dah pergi kerja dan ada kalanya balik rumah sampai pukul 2 pagi. Nak bersenam tu memang jauh sekali lah, memang tak sempat. Saya cadangkan lah pada suami untuk mengambil supplement atau ubat kuruskan badan, kira jalan shortcut untuk kurangkan berat badan la. pada mulanya saya cuba survey harga Herbalife, kawan saya ada yang mengambil Herbalife, dia menggunakan produk Herbalife dah 2 bulan, sangat memberangsangkan, dulu berat dia 75kilogram, sekarang dah 50 kg. Tapi harganya boleh tahan. Memang berminat bila melihat testimoni dari customer yang berjaya turunkan berat badan. 



Selepas itu saya survey Alpha Lipid S2. Ada juga sahabat terdekat saya yang ambil produk ni, dia cakap "Alhamdulillah, aku dah turun 5 kg dalam 2 minggu". Memang nampak perubahan pada tubuh badannya. Rasa memang teringin nak beli, tapi harga RM180 setin, perlu habiskan dalam masa seminggu. RM180 x 4 : RM 720 dah sebulan, alamak pokai macam ni. Mana nak bayar kereta lagi, rumah, api air, bill dan bla...bla... ishhh tak mampu jugak ni.



 Dan akhirnya berjumpalah daku dengan produk yang dinamakan Acai Berry ABC Softgel ni. Sambil saya duk baca info-info pasal Acai berry ni rasa timbul minat lah pulak, harga pulak murah, ada yang jual murah dan ada yang jual mahal, ada yang jual RM120, RM100, RM90, RM80. Rasa berminat gila bila saya baca segala keterangan pasal produk ni "Hanya sebiji sehari untuk Cantik, Langsing dan Sihat secara semulajadi semudah "ABC Acai Berry" Okeyh siapa tak tergoda okeyh, nak-nak sekarang ni tengah cari ubat nak kurankan berat badan suami, dalam hati tak sabar nak tengok suami kembali hensem, perut kembali seperti zaman-zaman dulu kala, hehe. Saya terus ke facebook seorang peniarga ni, sebab dia jual paling murah ok. Siapa tak nak harga murah kan, dia bagi saya harga RM80 included pos laju tu.. Dia cakap la produk dia ni 100% original, lepastu duk pong pang pong pang duk bagitahu benefit Acai berry ni, so hati memang terpikat sangat-sangat la. Biasalah peniarga kalau time menjual mak aihhh....okeyh deal saya terus membuat pembayaran ke CIMB Account dia,pada 19 Julai 2012 "oppss terlupa duit habis duk shopping, ada RM85 lagi, tak boleh keluarkan semua, jadi peniarga online tu bagi kurang kat saya bayar RM75 sahaja. Lagipon saya adalah return customer dia sebelum ni. Tapi sebelum ni saya beli bedak Ronasutra ye, bukan Acai Berry.Dan pada 31 Julai 2012 baru saya menerima Acai Berry tersebut, bayangkan lah berapa lama nak boleh sampai, dia cakap dia pos pada 20 Julai 2012, tapi 11 hari baru sampai, sabar je la, tu pon saya duk desak-desak dia tanya pasal kenapa barang yang saya order tak sampai-sampai. Tapi banyak pulak alasan yang diberi, bila saya check di resit pos laju yang sampai tu, tarikh pengeposan adalah pada 28hb Julai, saya tanya dia, dia banyak bagi alasan, delay raya lah, padahal 2 hari selepas saya membuat order dengan dia, saya telah membuat order dengan seller online lain dari Sandakan , Sabah dengan pos biasa, tapi barang dari sandakan, Sabah tu sampai dulu sebelum dari barang dia yang duduk kat Kedah tu, saya Terengganu je, same-same Semenanjung, yang mengambil masa 11 hari, sepatotnya mestilah sampai cepatkan. Bila saya cakap macam ni, dia bagi alasan lain pulak, dia pos barang guna Pejabat Pos Mini Anak Bukit, Alor Setar lah, sebab tu lah lambat sebab kena submit ke Pos Besar Alor Setar, sekarang dah nampak kan pelbagai alasan yang diberi, kenapa dia tak bagitahu awal-awal pasal ni, nampak dia jenis lepas tangan. Saya ni tak kisah sangat kalau dia bagitahu awal-awal tapi ni dah desak baru bagitahu.okeyh 
*pause pasal cerita seller tu*

Acai Berry ABC dah sampai walaupun mengambil masa yang agak lama. tapi tak pe lah, tak sabar nak tengok suami turun berat badan, nak-nak kat perut tu. Hati berbunga-bunga,sehinggakan masa suami duk menelan Acai Berry tu saya duk tatap dia dengan hati berbunga-bunga penuh dengan sejuta harapan...Memang rasa tak sabar-sabar tau. Sewaktu awal pengambilan minggu yang pertama, suami mengadu pada saya, kenapa kepala dia berdenyut-denyut, bila bangun rasa terhuyung hayang dan air liur menjadi pekat,, saya cakap la, mungkin tindak balas ubat tu kot, kesian suami saya, nak ambik hati punya pasal, dia telan jugak Acai Berry ni hingga minggu ke dua. dan pada minggu kedua suami saya mengadu lagi, " Sayang, kenapa sekarang abang kencing tak lawas,kadang-kadang air kencing tak keluar, kepala abang pon masih berdenyut-denyut, air liur abang menjadi  kering, tak kan tindak balas Acai berry lagi ni, abang rasa dah pelik ni, sebelom makan Acai Berry ni tak de rasa macam ni pon". Saya rasa terkelu, saya rasa bersalah "Abang, cuba stop pengambilan acai berry tu". cadang saya. "Abang pon rasa macam tu lah". Sebak dada saya melihat keadaan suami saya, saya rasa bersalah sangat andai Acai Berry tu lah punca nya. 2 hari kemudian selepas berhenti dari pengambilan Acai Berry, suami saya memberitahu "Sayang, Alhamdulillah, kesihatan kembali normal, kencing dah lawas, kepala dah tak pening dan air liur dah normal. Ya..memang betol la, Acai Berry tu puncanya. Kesian suami saya, kerana gara-gara Acai Berry tu, suami saya yang terkena padah, kalau macam tu, biarlah suami saya tembam asalkan dia sihat.


"Maafkan Isteri Mu sayang"



*Sambungan dengan peniarga on9 tersebut*



Selepas kejadian itu,, saya  mesej seller tersebut dalam FB bertanyakan adakah Acai Berry ni original, dan saya nyatakan simpton-simton yang telah terjadi pada suami saya. Dia menegaskan bahawa produk dia original, dan masa tu lah dia sent pantang larang dan aturan makan. Walau hati saya masa tu masih tetap tidak berpuas hati, tetapi saya hanya cuba untuk memujuk hati saya mungkin suami saya ada tersalah langgar pantang. Tapi saya tetap tidak berpuas hati setelah apa yang berlaku pada suami saya.



Dan pada 2 hari lepas, saya terbuka sebuah page yang menjual acai berry, dia menyatakan ada perbezaan Acai Berry Palsu dan Original, saya rasa terkejut dengan apa yang dinyatakan, segera saya mengambil Acai Berry yang saya beli dulu. Terkejut saya kerana Acai berry yang saya beli sama dengan gambar yang dinyatakan palsu atau fake. Gambar yang diambil dari FB seller lain yang turut menjual Acai Berry









Disitu juga ada di beri keterangan pasal produk Acai berry yang Original dan Palsu. Saya Copy Paste dari fb beliau.


"ORIGINAL:
- original seal sticker on box
- Halal & gmp logo on box
- people between age of 18-60 ( spelling words)
-skin beauty ( spelling words)

- 100% pure dried acai berry

FAKE:
- no seal sticker on box
- no Halal & gmp logo on box
- people during age of 18-60 ( wrong grammar words)
- skin care ( wrong grammar)
- 100% pure dried acai ( no words show ACAI BERRY)

PERHATIAN:
Disebabkan terlalu banyak product tiruan acai berry di pasaran, kilang acai berry mgl , hk telah menukar packging supaya pelanggan dapat beza product original dah tiruan. Kilang acai berry mgl hk, telah mengambil balik semua stock packging lama, kalau dapat packging yang tidak mempunyai logo GMP& HALAL dah sticker ORIGINAL di kotak maskud product tiruan . BERHATI HATI PRODUK TIRUAN !!!"






Ni gambar Acai Berry yang saya dapat dari seller itu, memang sama dengan yang fake.





Berderau darah saya rasa seperti tertipu oleh Seller yang saya beli tu, masa tu memang rasa marah sangat, ye la, siapa rasa tak marah kan, bila suami kita sakit berpunca dari produk yang diambil tu. Memang rasa terkejut sangat-sangat, bagai nak luruh jantung, bayangkan kalau apa-apa terjadi pada orang yang kita sayang, saya segera menyerang FB seller yang jual Acai Berry pada saya, Saya pon post gambar yang diatas tu, saya cakap " Akak, akak jual Acai Berry ni yang tak original, pasal tu murah, patot lah suami saya terkena simpton kencing tak lawas, air liur pekat, pening kepala rupanya tak original" Memang masa tu saya rasa nak marah sangat, kalau ikut hati nafsu memang nak maki hamun,saja tapi saya istighfar banyak-banyak, memang saya mudah cepat melenting jika ada orang menyakitkan hati saya dan orang yang sayangi. Tapi saya menahan lagi menunggu feedback dari akak tu, akak tu balas dan menegaskan bahawa produk yang dia jual adalah Original dan dia bagitahu gambar yang saya dapat tu gambar edit, gambar logo yang ditampal, dia juga cakap " Biasalah orang nak menjatuhkan bisnes orang lain". Yang nampak disini akak ni tetap dengan membela diri dia. dia post dalam fb dia yang dia terasa hati sebab saya yang menuduh dia menjual barangan tiruan, dan seolah-olah disini saya edit gambar tu dan post gambar tu untuk menjatuhkan bisnes dia.. Padahal gambar tu saya ambil dari page fb orang lain, saya tak de masa nak edit2 gambar nak menjatuhkan dia. Tu kan dah dinamakan FITNAH. saya tak ada niat langsung nak menjatuhkan bisnes dia, memang hak pelanggan untuk memberi feedback kepada seller, lagipon, sebelum ni dia ada cakap postkan komen dalam wall dia untuk semua cutomer lain tahu. Tapi lain pulak yang jadi., Sesetengah seller ni tidak mahu mendengar dan melayan feedback yang negative, yang hanya mereka mahu pujian yang melambung tinggi dan komen positif sahaja. 


Sepatotnya dia adalah peniaga, seorang peniaga mestilah bersikap profesional melayan customer, bukan ajak bergaduh menegakkan produk dia tu baik, bukan dia yang membuat produk tu, dia hanya ambil dari supplier , dan mereka hanya mengiakan apabila supplier memberitahu produk tu original, kalau supplier tu tipu dia pon, dia pon tak tahu, dan dalam situasi ini, customer lah yang menjadi mangsa. Bila terjadi negative effect seperti yang dialami oleh suami saya, bukan peniaga nak dengar atau nak bertanggungjawab pon, yang disalahkan adalah KITA. Mereka je yang betul. Saya memang tak berpuas hati atas apa yang berlaku. Dia turut bagitahu pada saya Doktor dan Jururawat jugak ada menjamah Acai Berry yang dijual nya, saya tak tahu lah doktor dan nurse mana yang membeli dengan dia. Saya delete post yang saya post pada wall dia,kerana saya tak sanggup dituduh oleh dia untuk menjatuhkan bisnes dia, bukan itu niat saya, niat saya hanya membela pada suami saya. Itupon ramai customer dia yang ternampak post saya terus meseg pada saya bertanyakan tentang Acai berry tersebut, saya hanya memberitahu simpton2 yang telah berlaku pada suami saya, ada juga customer dia bagitahu saya mereka tidak berani untuk bersuara, dan mereka hanya menyokong saya dari belakang, tidak mengapa sahabat sekalian, saya bertindak adalah kerana suami saya. Alhamdulillah ramai customer2 dia memberi sokongan tindakan saya. Akak seller tu tetap menegakkan benang yang basah dan akak tu cakap " Tuhan tu Maha Esa"... Ya Tuhan tu Maha Esa, Allah sentiasa bersama orang yang teraniaya seperti saya dan suami...pengakhiran meseg tu saya memohon maaf atas kekasaran bahasa saya, saya tak mahu dituduh biadap, biarlah orang yang buat kita macam tu, nescaya Allah akan bersama saya.



YA... TERBUKTI dan betol cakap akak seller tu ALLAH MAHA ESA!!!! 


ALLAH telah membuka minda saya untuk terus menghubungi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). Hati saya memang nak cari kebenaran untuk suami saya, saya telah dihubungkan oleh PEGAWAI unit farmasi KKM, saya telah memberitahu tentang ACAI BERRY ni, saya memberitahu simpton-simpton yang telah dialami oleh suami saya, memang sebak giler saya masa tu mengadu kat pegawai tu. Saya cerita segala-galanya kat pegawai tu...pegawai dengan lemah lembut bercakap dengan saya " Puan, sebenarnya produk ACAI BERRY TIDAK PERNAH MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TIDAK KIRA LAH  PENIAGA MENEGASKAN PRODUK MEREKA ORIGINAL ATAU PALSU, SEMUANYA ADALAH SAMA DAN PRODUK INI DIKATEGORIKAN UBAT YANG MERBAHAYA, BANYAK KALI PIHAK KAMI MENDAPAT ADUAN TENTANG ACAI BERRY NI,, PIHAK KAMI JUGA SEDANG MEMBANTERAS PENJUALAN ACAI BERRY YANG SEDANG BERLELUASA SEKARANG TERUTAMA DALAM JUALAN ONLINE".


Dia juga memberitahu, "Biasanya ubatan atau produk yang tidak mendapat kelulusan KKM ni akan memberi effect negatif pada masa akan datang dalam masa yang panjang,,mungkin tubuh badan suami puan cepat memberi tindak balas, jadi suami puan mendapat simpton-simpton seperti itu, dan yang tidak dapat simpton peringkat awal mungkin produk2 yang tidak mendapat kelulusan KKM akan menyebabkan cancer atau penyakit-penyakit berbahaya yang lain"


Menitis air mata saya bila dapat dapat tahu perkara ni. Rasa seperti saya memberi racun pada suami saya..Ampunkan isterimu ya suamiku.....
 Banyak lagi yang saya bincangkan dengan pegawai tersebut, dia turut menasihatkan agar menghubungi pihak farmasi KKM sebelum membeli sebarang produk-produk mendatangkan kemusykilan bagi mengesahkan kelulusan KKM. saya amat2 berterima kasih kerana meberitahu kebenaran pada saya. 


Nota Update: Acai Berry ABC Bahaya? Sila KLIK Disini untuk baca

25/10/2012 update::::terima kasih kepada Asnida kerana kongsikan keratan dari akhbar Metro :)





 JIKA KORANG TURUT MENGALAMI PERMASALAHAN TENTANG UBATAN ATAU PRODUK: 
KORANG BOLEH HUBUNGI ENCIK AZRI 0378018549 BAHAGIAN UNIT FARMASI KKM


NASIHAT SAYA, SEBELUM BELI PRODUK-PRODUK ATAU UBATAN ONLINE TU SILA PASTIKAN BETUL-BETUL PRODUK TU ADA KELULUSAN KKM ATAU TIDAK, SEBAB ADA SESETENGAH PENIAGA YANG MELETAKKAN SIJIL KELULUSAN KKM YANG PALSU.




DISINI SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI, INI ADALAH SEKADAR PERKONGSIAN DARI PENGALAMAN SAYA DAN SUAMI, BUKAN UNTUK MENJATUHKAN ORANG LAIN!!!!!


KALAU RASA NAK MEMBANTU SAHABAT2 ATAU KELUARGA ANDA SILA KONGSIKAN DAN SHARE ENTRY INI, TERIMA KASIH

Suka? Klik La Like

Comments
16 Comments
    
    

16 500 mendoakan Amira Cemerlang Dunia dan Akhirat:

Adziim Adziim on September 9, 2012 at 1:33 AM said...

Murah sangat. Biasanya fix price kalau jual online ni, jarang ada tawar menawar.

Kalau rasa Herbalife mahal, mungkin boleh try zanoctil (RM99)ataupun Liposinol. Boleh dapatkan di farmasi, watsons pun ada jual.

Still tak kira product apapun yang diambil, jadual harian tu kena plan baik2. Pemakanan dan tidur yang berkualiti sangat penting.

Miroro Miroro on September 9, 2012 at 1:56 AM said...

salam kak, sy pun bli acai gak, bru mkn 8 bji sbb aritu stop sbb period.
so far sy x rasa pening2, sy minum air msk byk n kencing pun kerap.
tp yg musykilnye selera mkn sy bertambah. kerap rasa lapar so sy mkn je bg knyg.
ade testimoni yg ckp 2 hari da ilang selera mkn, tp sy x. skang ni sy sndiri kena kawal selera, tkut jd mcm sorang consumer tu, berat bdn die bertambah sbb selera mkn naik menggila.
sy bli yg packaging malaysia punye, dgn harapan yg tu ori.
n ni 1st time sy tgk beza abc yg fake n ori yg akk upload tu.
sblm ni slalu tgk yg bese punye tu, warna, tulisan etc. sy siap picit lg softgel tu nk make sure ori mcm dlm gmba tu..huhu.
mmg dorang xde kelulusan kkm tp katanya tgh apply. rasanya mcm da lama dok apply tp xdpt2 lg pengesahan, xtau la..
hopefully klu btol sume abc ni bahaya org kkm tlg banteras la besar2an, sbb skang tgk makin rancak lak seller abc ni..

Qienah Qienah on September 9, 2012 at 9:43 AM said...

Ni yang bimbang je nak belian makanan macamnikan.huhu..tapi memang banyak terbaca pasal penipuan acai berry ni..apapun, semoga kita dilindungi Nya..

Unknown Unknown on September 9, 2012 at 11:05 AM said...

Nak cuba supplement Shaklee?. Hubungi saya
facebook.com/alamistore
Konsultasi percuma dan konsultasi berterusan selepas pembelian.
Byk testimoni yg dah diterima. Tp klu nak kurus mmg kena jaga pemakanan. Tak ada caranya kurus tp makan tak jaga. :)

Amirah Syafiqah Amirah Syafiqah on September 9, 2012 at 4:05 PM said...

Terima kasih sebab share tentang Acai Berry ni ^.^

INNANIE ARIFFIN INNANIE ARIFFIN on September 9, 2012 at 8:13 PM said...

saya seorang yang plusize. dalam hati semua orang nak kurus dan nak cantik, dan mestilah produk kecantikan dan pil kurus jadi target. Tapi bila fikirkan kesannya, Allahuakbar tak sanggup nak meracun badan sendiri. saya pernah terbaca satu entry yang mengatakan acai berry ni actually takde kesan sampingan apa pun untuk kuruskan badan. tak tahulah macam mana produk macam ni boleh masuk pasaran Malaysia.

Walauapapun, tahniah buat akak sebab berani mencari keadilan untuk suami dan moga lepas ni kita semua berhati-hati dalam apa jua urusan lagi2 melibatkan kesihatan badan.

Unknown Unknown on September 25, 2012 at 4:48 PM said...

alphalipid SD2 tu disahkan KKM x?

Akak Kembang Akak Kembang on October 19, 2012 at 1:09 PM said...

Ya! Ampun...tulah kita ni kekadang tgk lagi murah..dan..dan..terus belikan? Takpe..jdkan pengajaran buat kita semua yg taksub

♥ wawawawa ♥ ♥ wawawawa ♥ on October 21, 2012 at 9:42 AM said...

thanks share.. =)

Farah Deeb Farah Deeb on October 24, 2012 at 2:36 PM said...

Woo.. thanks sebab share. Apa yg awak wat tu mmg bagus. Biarlah seller tu besok2 dpt gak hukum karmanya kan hehe.. BTW kite pun dulu penah gak teringin tapi mujur xnah lak lagi beli2 supplement. Kite control makan sendirik aje, dijamin tak merbahaya :)
My latest Entry :)
WW: Excited Dah Cuci Umah Baru!

Alyza Fisol Alyza Fisol on October 24, 2012 at 3:18 PM said...

@Umi Nadrah info yg bagus ni...will share kt my blog, backlink ur blog...people should know about this...

alongz alongz on October 24, 2012 at 8:27 PM said...

alpha lipid sdii tu rs nya sah kkm sbb kndungan dia soya n fibre jerk..dia mcm minumam kesihatan jerk..suplement time diet..supaya xterlampau rs lapar..

alongz alongz on October 24, 2012 at 8:28 PM said...

alpha lipid rs nya ada kelulusn,,sbb dia ada fibre n soya.lgpun dia suplement time diet spy kte xlpo sgt..sbb ambik sdii ni kte kna amalkn diet atkins..

:-) :-) on October 29, 2012 at 2:24 PM said...

Assalamualaikum,

Dalam blog ini ada screen shot dari Pusat Racun Negara tentang produk acai berry.

http://jomkitasihat.blogspot.com

TQ

Eina Daud Eina Daud on November 5, 2012 at 4:11 PM said...

tumpang tanya, yg merbahaya ni produk ABC sahaja ke??or semua produk kurus acai berry? Acai Berry PT Adonai Perkasa pon merbahaya jugak ke?

Eina Daud Eina Daud on November 5, 2012 at 4:12 PM said...

Tumpang tanya, produk yang merbahaya ni produk ABC sahaja or termasuk produk acai yg lain? Pt Adonai Perkasa pon merbahaya jugak ke?

 

! ✿AMIRA STUDIO✿ ! Copyright © 2011